Pages

Ads 468x60px

kawan-kawan blog ku....

Thursday, March 27, 2014

Novel Terpakai Murah Murah Murah..!! Mari Beli Semuanya RM10 Sahaja...!!

Assalamualaikum uollss...!!

lama x update kan.. ok kali ni ade lg novel2 yang aku nak let go..... x mahal.. murah2 punye.......
aku tetapkan harga mengikut novel...

Harga  : RM 10.00
Pos     :  RM 6 S/M ( 1-2 buah novel )
              RM 10 S/S  ( 1-2 buah novel )

Hubungi  : SMS / WHATSSAP ( Lela : 0138824587 ) 
PM   : https://www.facebook.com/cornfius?ref=tn_tnmn


Sinopsis

AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

Sinopsis
ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!

Sinopsis
SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik dan bertopi baseball. Tiba-tiba Ariel rasa suka pada mekanik ni. Eh, takkan aku boleh suka kaum sejenis pulak?! Mula-mula bertentang mata dengan tuan punya kereta katak ni…

Amir terpegun. Handsome gila! Aduh, boleh angau aku dibuatnya. Alamak, macam mana nak cakap dengan dia ni? Alah… terpaksalah dia berlakon jadi orang bisu.

Sejak itu, Ariel sering berkunjung ke bengkel kereta tempat Amir bekerja. Niatnya ikhlas… dia ingin bersahabat dengan Amir. Dia dapat rasakan Amir ni seorang yang pelik, tapi baik hati. Namun, Amir mula rasa bersalah. Sampai bila dia harus berlagak seperti orang bisu? Sudahlah bahasa isyaratnya main taram saja. Dia cuba nak jauhkan diri, tapi Ariel pula makin hampir. Eeii… mamat ni tak faham ke buat-buat tak faham? Mana boleh mekanik selalu berada di samping CEO? Nanti dipandang serong pula. Ah, lantaklah… ada aku kisah?


Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Yuni Shora yang merupakan pembaca setia Blog Priasetia. Setiap hari Yuni pasti melayari dunia maya hanya untuk membaca tulisan di Blog Priasetia. Tidak membuka laman blog itu sehari, hati Yuni Shora menjadi gundah gulana. Ada saja yang tidak kena dalam hidupnya seharian. Laman blog itu merupakan temannya di waktu berduka dan seringkali ketika kesunyian melanda hatinya, Blog Priasetia menjadi temannya.

Namun tanpa sedar, Yuni Shora akhirnya terperangkap dalam seribu satu macam cerita yang ditulis oleh penulis Blog Priasetia. Kehilangan adiknya Azroi, kisah silam sahabat ayahnya dan onar jahat Lola Kesandra, si wanita pemburu nafsu, semuanya berkait dengan Blog Priasetia.

Blog Priasetia, mengumpul segala suka duka. Di situ segala jawapan dan ruwetnya kehidupan terburai dan terungkai. Dan yang paling penting, di situlah kisah percintaan Yuni Shora bermula. Siapakah lelaki yang berjaya memenangi dan menakluk hati Yuna Shora?. Mahu tahu jawapannya, sila dapatkan novel Blog Priasetia dengan segera.

Sinopsis

Ditakdirkan Auni Hafya bertentang mata dengan Rayyan Ziqri. Ouch! Sekelip mata, rasa tenang mereka terus terbakar! Aura negatif kedua-duanya telah bertembung! Oh tidak! Perang perasaan ini telah menyebabkan masing-masing tercampak ke Kutub Utara dan Kutub Selatan!

Namun, tugasan akhir semester telah menarik mereka semula ke zon tengah. Berbaldi air mata Auni bila profesor mengesahkan bahawa dia perlu menjadi pengganti heroin program realiti yang dibintangi oleh Rayyan! Paling tragis, dialah penulis skripnya. Penulis skrip merangkap pelakon? Ah, terasa macam gila kuasa.

Tiba masanya, mereka ibarat pasangan bahagia yang sedang diulit cinta, namun… itu semua hanya lakonan di hadapan kamera! Bila arahan cut! kedengaran, masing-masing mula bercakaran. Oh TUHAN! Kalau begini caranya, bila masa tugasan drama cinta mereka akan berakhir?!

Dua pertemuan membawa dua episod cerita yang memualkan hati Camila. Sikap ABC banyak menggores hatinya manakala si Sewel menyebalkan dirinya. Mujur pertemuan itu terjadi dalam waktu yang singkat. Sebelum dirinya dilabel tidak waras, Camila berjaya membebaskan diri daripada lingkaran kisah ABC dan Sewel.

Camila sering berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan ABC dan Sewel. Namun, badi kebencian itu mengekori dirinya ke mana sahaja. Kuasa ALLAH telah menemukan Camila, ABC dan Sewel semula di Tanah Suci Mekah. Lebih membingungkan, Sewel dan ABC berebut-rebut cuba meraih cintanya. ABC bukan seperti tangapannya dan Sewel sebenarnya tidak Sewel.
ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya. Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.
DISEBABKAN peristiwa pahit yang mengisi ruang hidupnya dahulu, Zuha kini menjalani destinasi hidupnya dengan penuh trauma. Kecurangan teman lelakinya, Faizul bersama rakan sekelasnya, Rina dan cacian yang diterima daripada teman sebiliknya, Ira menambahkan lagi beban yang dipikul. Kisah duka itulah yang dibawa ke mana-mana. Lantaran itu, Zuha menjadi takut dan tidak berani membuka pintu hatinya kepada mana-mana kaum Adam. Baginya, sahabat baik atau kawan lelaki memang tidak boleh dipercayai. Biarlah dia hidup dalam dunia sepinya. Dia sanggup dianggap sombong asalkan hatinya elok terpelihara. Namun kehadiran bekas teman sekolahnya, Idzhan mengajarnya kembali erti kasih dan sayang. Rupa-rupanya hati jadi tenang bila diselubungi cinta. Apatah lagi, kemaafan itu menjadi penawar yang cukup indah... Malangnya, bahagia itu juga seakan jauh. Kehadiran Ira dan kemunculan Faizul menambah semula derita di hati Zuha. Adakah dia memang tidak layak untuk melihat bunga-bunga cinta itu berkembang mekar? Haruskah dia sendiri hingga akhir nanti?
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara. 

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...

Sinopsis
BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci. 

Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.


Sinopsis
SEJAK kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti.

Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti. Kini bila hilang, diananar sendiri. Tapi Aman ego! Dia tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang kosong yang tertinggal.

Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta!


Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah. Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya. Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu! Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri... Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?


Sinopsis
DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya. Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

Sinopsis: Lelaki kacak kacukan Melayu-Jerman macam Fareez, siapa yang tidak terpikat? Semua gadis mahu mendampinginya. Maklumlah... playboy! Perkenalan tiba-tiba dengan Ifa melalui laman chatting membuatkan hati Fareez tercuit. Timbul tanda tanya mengenai gadis misteri itu. Setiap kali disampaikan hasrat ingin bertemu, ada sahaja alasan gadis itu untuk mengelak. Ifa tergelak sendiri dengan idea nakalnya membohongi Fareez. Nama Ifa ditukar jadi Sherry. Kononnya dia keturunan Diraja Kedah. Semua itu sekadar menghiburkan hati. Namun, tidak sangka pula Fareez pensyarah di universitinya tetapi berlainan fakulti.


Berkisar dari zaman sekolah rendah, meminati seorang gadis bernama Azura dalam diam. Obses hingga kezaman universiti. Menjadikan teman rapatnya Miza sebagai tempat untuk meluahkan rasa dan mendapatkan pandangan. Miza yang begitu setia memberi nasihat sering membantunya tanpa mengira waktu. Hingga ke alam pekerjaan sebagai seorang peguam obses terhadap Azura tidak pernah padam walaupun dia tahu ada insan lain disisinya.

Insan yang begitu setia disisi, mendengar keluh kesah serta tanpa jemu menjadi penasihat serta pendengar setia akhirnya membuat diri tersedar bahagia yang dicari ada pada insan ini....penceritaannya yang membawa kita dari satu zaman ke zaman hingga kita terasa berada didalam zaman itu sendiri.

Penutup cerita ini menuntut kita membuat rumusan adakah kebahagian miliknya bersama Miza.....



SINOPSIS: Bukan sedikit luka hati ini tercarik. Bukan sehari dua denyutannya menyurut... bertahun! Merawat luka di hati, tak sama dengan merawat luka di jari. Lalu di sini aku berkelana sendiri-sendiri... mencari kekuatan atas sebuah kehilangan... ratapan yang ada waktu-waktunya tidak mampu ku sembunyikan. Iskandar, sakitnya mengenang cinta kita yang tak kesampaian. Sakit lagi tatkala namamu tidak mampu kukuburkan di balik timbunan puing-puing salji yang membeku... lantas salahkah rasa sakit ini kubawa pulang untuk menjadi dendam?




cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...



AMAR FARISH, anak angkat Dato’ Sharif dan Datin Aliah yang ditatang bagai minyak yang penuh. Rupa parasnya yang sempurna menjadikannya kegilaan para gadis. Dan dia bangga apabila semua gadis berada di bawah telunjuknya hinggalah dia bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Zahra.

“Woi rumpai laut, apa pegang-pegang ni? Aku terajang kang!”

“Apa kau panggil aku tadi? Rumpai laut?”

“Memang itu gelaran yang paling tepat untuk kau. Mat salih celup tak sedar diri, bajet nak buat rambut mamat Korea. Macam rumpai laut je aku tengok!”

Kerana satu kesilapan, Farish dan Zahra telah disatukan. Pelbagai masalah menimpa apabila sepupunya, Eirfan Rudy turut memendam rasa terhadap Zahra. Farish yang masih mencari identiti sendiri, tidak dapat menerima kehadiran Tengku Kamal yang mengaku sebagai bapa kandungnya sekali gus mendedahkan rahsia hidupnya yang sebenar.

“Apa kaitannya dengan Ara? Kenapa abang macam nak hukum Ara dalam hal ni? Ara tak salah apa-apa, bang…. Ara tak buat apa-apa pun.” - Zahratul Jannah

“Awak nak tahu kenapa saya nak tinggalkan awak? Sebab mama dan papalah saya terpaksa kahwin dengan awak!” - Amar Farish

Disebabkan latar belakang dan harapan Tengku Kamal, Farish terpaksa mengambil satu keputusan yang akan merubah keseluruhan hidupnya. Namun, bagaimanakah kisah rumah tangga Farish dan Zahra? Adakah Farish akan meninggalkan segala-galanya dan menjadi seseorang yang baru? Amar Farish akan merungkaikan kemelut persoalan ini...

“Aku janji Ann, insya-Allah umur tiga puluh nanti kita berumah tangga. Okey.”

Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.

Calon-calonnya ialah:


Hanif – Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
Khairil – Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.
Desmond – Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
Tuan Haji Kamil – Duda anak tiga yang sudah berusia.
Arman Faiz – Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.
Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehingga kamu kehilangannya.

***

Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.

Impiannya satu dalam seribu.

“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”
Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”

Baca bab awal



Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Senario 1:


“Gaji awak naik berapa?”

“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.

Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.

“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.

“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.

“Apa???”

Senario 2:

Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya. “Lama lagi ke?” Grrr... aku menahan marah.

“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.

Empat jam kemudian. “Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”

Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.

Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.

Suatu hari...

“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”

Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.

“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!

I

Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
“Harap-harap esok pagi hujan lagi!” kataku sambil menghadiahinya senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.

II

Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
“Macam mana saya nak pulangkan?”
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
“Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya.”

Apa jawab hati aku pada saat ini?


Sinopsis

Tiga orang pemuda di hati membuatkan Amilia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bergaya mengisi kamar hati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segalanya. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Apatah lagi wajahnya yang semirip Haidi membuat dirina sentiasa dibuai asmara. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.

Haidi tersenyum melihat reaksi gadis itu sebelum meminta diri untuk beredar. Mata Rania tidak berkelip-kelip memandang pemuda itu. Hatinya masih tidak berhenti memuji makhluk ciptaan Tuhan yang paling kacak itu.

Hatinya menjerit saat memandang Rifdi yang berlagak selamba bagaikan tiada apa-apa yang pelik. Dia pula kini yang dihantui dengan seribu persoalan. Bagaimana pemuda ini boleh sampai ke sini? Siapa pula yang memandai-mandai memberitahunya?

Rania menjadi tidak keruan. Bayangan Haidi muncul dalam ingatan. Pantas dia menarik jari-jemarinya daripada genggaman pemuda itu lalu menyarungkan sarung tangannya semula. Bagai tidak mahu lagi disentuh pemuda itu. Apakah maknanya semua ini?

Adakah aku telah jatuh cinta?

Iskandar – Dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak di zaman kanak-kanak. Kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupannya selama berpuluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah cinta. Pintu hatinya terkunci rapat untuk seseorang yang bergelar wanita. Kehadiran insan yang bernama wanita bukanlah satu kepentingan kepada dirinya. Sebaliknya, dia memandang wanita sebagai makhluk yang tidak boleh dipercayai dan mudah mencurangi cinta. Makna cinta kepadanya hanyalah palsu dan bersifat sementara. Tanpa cinta, dia mampu meneruskan kehidupan. Tanpa cinta, dia juga mampu memperoleh kejayaan. Namun, segalanya berubah hanya kerana seorang gadis yang bernama Arissa.

Arissa – Hidupnya biasa-biasa saja. Ada suka, ada duka. Namun, masih boleh dikategorikan dalam keadaan stabil. Tapi, setelah dia bekerja di bawah naungan seorang lelaki yang digelarnya singa kuning, hidupnya jadi huru-hara. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Namun, ada satu rasa bermain di hati. Dan ia untuk singa kuning yang selalu mengganggu kesenangan hidupnya.

Cinta – Mengenali cinta buat Iskandar dan Arissa yakin dengan perasaan yang dimiliki mereka. Namun, saat Iskandar meluahkan rasa, Arissa pergi meninggalkannya. Tanpa rela, Arissa terpaksa melepaskan Iskandar. Kalau itu jalannya, dia sanggup.

Adakah bayangan masa silam akan kembali mempengaruhi Iskandar? Mampukah Arissa menanggung rasa hati biarpun terasa sakit? Akan kembali bersatukah perasaan yang ada dalam diri mereka berdua? Apakah rasa jatuh cinta akan kembali dirasai oleh mereka? Andai jatuh cinta itu perlukan pengorbanan, mampukah salah seorang daripada mereka berkorban?

Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool. Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya.

“Kalau awak suka seseorang... dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?”

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalamlif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini.

“Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak di atas, tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia…”

Makin mengenali sisi seorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? Bersediakah TJ?

“TJ... please.”
Please konon. Please taik kucing!
“Awak... awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu.”
Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak.

TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjayakah Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka si biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cukup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?

Sinopsis:-

Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?
Sinopsis
Jasmine Lee seorang wanita biasa yang memiliki fobia yang luar biasa. Tiada istilah pasangan hidup baginya. Seboleh-bolehnya, itulah yang cuba dia elakkan selama dia hidup. Setiap lelaki yang cuba diperkenal ibunya pasti ditolak tanpa sebab. Sehinggalah pada suatu hari, nama Ben Carl Fernandez muncul dalam hidupnya di atas sekeping business card.

“Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri direktor hotel ni. Next time, watch your way,” katanya dengan sombong sambil menanggalkan kaca mata hitam yang sejak tadi melindungi matanya.

Gila! Entah dari mana dia dapat idea untuk cakap begitu. Gara-gara tidak puas hati dengan gelaran puan, sanggup dia membohong untuk mempertahankan dirinya dan gelaran cik. Pada pertemuan pertama, Jasmine tanpa sengaja mencipta salah faham antara mereka. Salah faham itu berlarutan dan menyebabkan perkenalan mereka menjadi serba tak kena. Siri pertengkaran berlarutan antara mereka. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

“Kau tu tak sedar-sedar diri lagi, kau tu pencuri.” Idea tiba-tiba datang dalam kesesakan. Tapi logik ke pencuri?

“Pencuri? Tak masuk akal. Aku curi apa? Hati kau?” Ben tergelak lagi. Sempat lagi memalukan Jasmine.

Tidak menyangka permusuhan mereka akan berakhir, persahabatan mula terjalin antara Jasmine dan Ben. Tanpa sedar, perasaan hangat menyusup ke dalam hati masing-masing. Namun perasaan takut terhadap komitmen dan hubungan perkahwinan membuatkan Jasmine melupakan sahaja perasaan itu sementara Ben masih terluka hatinya kerana Natasha, si kekasih lama.

Adakah Ben akan membiarkan semua itu terjadi begitu sahaja? Bagaimana pula halnya dengan Jasmine dan ketakutan sofistikated yang mengekangnya selama ini?


Sinopsis

Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

Sinopsis

Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.

Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.

Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?

Sinopsis

Kelalaian Zaireen menjaga sebuah buku menyebabkan gelaran ‘awek buku’ diberikan kepadanya oleh Zaffrul. Kerana sebuah buku itu juga, tercetusnya pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Sedang Zaireen meniti bahagia setelah Zaffrul membuka bicara tentang hala tuju hubungan mereka, harapan itu hanya tinggal harapan. Kehadiran Ruzaizi pula amat tidak dialu-alukan. Bagi Zaireen, lelaki itu merupakan seorang makhluk yang paling sombong, ego dan berlagak yang pernah ditemuinya. Tapi disebabkan cornflakes madu, Ruzaizi sanggup buat kerja gila dengan bertandang ke rumah orang tua Zaireen. Kekeliruan demi kekeliruan semakin mencelarukan perasaan Zaireen. Siapakah Ruzaizi ini? Apakah kaitannya dengan Zaffrul? Kenapa banyak persamaan antara mereka berdua? Mampukah Zaireen menggantikan tempat Zaffrul dengan Ruzaizi yang gila itu?
Sinopsis

Hadirnya Dhia Maihani hanya untuk membahagiakan hati-hati insan yang disayanginya. Malah rasa hatinya dipendam lantaran sedar, dia tidak mampu untuk membalas rasa cinta itu kerana hayatnya sudah ditentukan waktunya. Namun begitu, dia berusaha menyatukan Farhan insan yang dicintainya bersama Mahfuzah, wanita yang mendambakan kasih Farhan. Apakah yang terjadi pada Dhia yang berkorban kasih dan bagaimana pula penerimaan Farhan apabila mengetahui keadaan Dhia yang sebenar? Ikuti untaian kasih Dhia dalam Setiaku Di Sini.
Sinopsis

Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat mereka cipta sepatu. Ketika menghadiri ‘masquerade party’, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa. Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu?
Sinopsis

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa. Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan. Perpisahan terakhirnya dengan
Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.

Sinopsis:

Permusuhan yang terjadi semenjak di zaman persekolahan berlarutan sehingga masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Adam yang boroi mendapat gelaran si ikan buntal daripada Kamilia yang digelarnya kambing liar.

Keadaan semakin tegang apabila ibu Adam dan nenek Kamilia sepakat untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Keegoan Adam dan kecurigaan Kamilia menyebabkan mereka rela mengekang perasaan masingmasing yang sememangnya sudah bergetar di antara satu sama lain.

Kehadiran Doktor Khairyzan yang menagih kasih Kamilia menyebabkan Kamilia tersepit di antara dua pilihan. Sheila yang gigih meraih cinta Doktor Khairyzan menggunakan Adam demi mencapai matlamatnya. Masing-masing salah faham di antara satu sama lain. Adam ingatkan Kamilia cuba merampas Doktor Khairyzan daripada Sheila. Kamilia pula beranggapan Adam adalah teman lelaki Sheila.

Apakah kesudahan cinta si ikan buntal dan kambing liar ini? Berjayakah Doktor Khairyzan memperisterikan Kamilia? Berjayakah Sheila bersatu dengan Doktor Khairyzan? Adam? Siapakah yang bakal dipilihnya untuk menjadi suri hidupnya? Kamilia, si kambing liar ataupun Sheila?

Sinopsis:

Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.

Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.

Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri.

Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.

Gerhana di hati muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.

Sanggupkah Nurul mengecewakan Firdaus demi membalas budi keluarga Hakim? Sanggupkah Nurul mengetepikan perasaannya dan menerima Hakim sebagai suaminya? Bagaimana pula dengan penerimaan Firdaus?

Bacalah KIRIMKAN AKU MALAIKATMU....

Sinopsis:

Kemalangan kecil di lampu isyarat telah menemukan Qasrina dan Danish. Bertitik tolak dari kejadian tersebut, hubungan mereka bagaikan seteru.

Bahang makin bertambah apabila mereka ditunangkan tanpa rela. Danish yang berusia dua puluh empat tahun tidak dapat menerima Qasrina, si manis tujuh belas.

Rancangan telah diatur. Mereka akan memutuskan pertunangan usai Qasrina menamatkan pengajiannya di universiti.

Tetapi takdir Tuhan, siapalah yang dapat menolak? Mereka telah jatuh cinta!

Namun, takdir Tuhan sekali lagi mempermainkan mereka apabila Qasrina telah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain.

Siapa dalang di sebalik kes tangkap basah Qasrina? Adakah Danish akan tetap meneruskan pertunangan mereka?

Sinopsis

Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana baru sahaja mengenali lelaki itu.Akhirnya, Nur Hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.Antara Mamat Skema dan Aizat Inderawan, siapakah yang berjaya menjadi pilihan Nur Hanna?

“Awak kata awak cintakan saya. Tapi awak tak pernah cuba buat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat. Awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24 jam awak cakap macam tu, awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu. Beritahu saya macam mana saya nak yakin pada awak, Ana!” ~ Fariz

“Saya tahu yang cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia awak yang penuh pagar dan tembok penjara. Tapi cinta juga buat saya rasa bebas dan luas di dalamnya asalkan awak ada bersama-sama saya.” ~ Nur Hanna


Sinopsis

Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana baru sahaja mengenali lelaki itu.Akhirnya, Nur Hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.Antara Mamat Skema dan Aizat Inderawan, siapakah yang berjaya menjadi pilihan Nur Hanna?

“Awak kata awak cintakan saya. Tapi awak tak pernah cuba buat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat. Awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24 jam awak cakap macam tu, awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu. Beritahu saya macam mana saya nak yakin pada awak, Ana!” ~ Fariz

“Saya tahu yang cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia awak yang penuh pagar dan tembok penjara. Tapi cinta juga buat saya rasa bebas dan luas di dalamnya asalkan awak ada bersama-sama saya.” ~ Nur Hanna

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, " Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut, "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau, - Raiyan

"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sngat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Delila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.

MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa se - ring mencuri perhatian Qayyim le w at kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kan - dungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim. Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim! Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!

Sinopsis
Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya.

Kerana memberontak, dia dera suaminya sendiri. Ada saja yang dia buat supaya dapat sakitkan hati Irfan. Dia panggil Irfan si kura-kura. Peduli apa! Dia tidak boleh terima Irfan sebagai suami. Irfan pula sentiasa bersabar kerana faham perasaan Rania. Sifat garang isterinya itu sangat menakutkan. Kecut perutnya! Namun, dia kenal hati budi Rania yang sebenar. Dia percaya, suatu hari nanti Rania akan jatuh cinta padanya. Dia akan buat sampai Rania cair. Si kura-kura ini tidak pernah mengaku kalah. Hati Rania akan ditawan walau apa jua rintangan!

Sinopsis
NAJIHA, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha.

Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu.

Namun selepas satu tahajud bersama, Redza menghembuskan nafas akhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seluruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu.

Siapakah Najiha sebenarnya? Apa kaitan dia dengan gadis bernama Ellina? Dan mengapa Najiha menolak Zarul yang telah banyak berkorban untuknya? Benarkah dia mengasihi suaminya sedangkan dia tidak pernah lupa kasih sayang Wan Azmi? Bagaimana pula dengan Burhan? Apa pun tragedi yang mengalir di laman hidupnya atau berapa banyak persoalan yang disogokkan kepadanya, dia cuma mahu dikenali dengan nama Najiha dan hidup sebagai Najiha.

BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang a sing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar. Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?
SAAT Anis mengumpul se juta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati. Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari. Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim. Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.
Sinopsis

Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?

KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.
Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Sinopsis
Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelumwaktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.